Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961
Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara ke-2, ialah acara pelbagai sukan Asia Tenggara yang diadakan di Rangoon, Burma dari 11 hingga 16 Disember 1961 dengan 13 sukan ditampilkan dalam temasya tersebut. Ini adalah kali pertama kesemua enam ahli pengasas Persekutuan Sukan SEAP bertanding dalam temasya sukan dwitahunan itu dan kali pertama Myanmar, ketika itu dikenali sebagai Burma menjadi tuan rumah temasya itu. Burma, yang kemudiannya dikenali sebagai Myanmar adalah negara kedua yang menjadi tuan rumah Sukan Semenanjung Asia Tenggara, yang kemudiannya dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara selepas Thailand. Temasya ini telah dirasmikan dan ditutup oleh Win Maung, Presiden Burma di Stadium Bogyoke Aung San . Kutipan pingat didahului oleh tuan rumah Burma, diikuti Thailand dan Tanah Melayu.

Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961

Penyertaan negara 7
Upacara pembukaan 11 Disember 1961
Tempat upacara Stadium Bogyoke Aung San
Bandar tuan rumah Rangoon, Burma
Sukan 13
Pembukaan dirasmikan oleh Win Maung
(Presiden Burma)
Upacara penutupan 16 Disember 1961

Rujukan

WikiPedia: Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961 http://www.ocasia.org/game/MWinner.aspx?CntbEpEabM... http://www.seagfoffice.org/games.php?y=18 https://web.archive.org/web/19980111005738/http://... https://web.archive.org/web/20011207141223/http://... https://web.archive.org/web/20041217101809/http://... https://web.archive.org/web/20081011071000/http://... https://web.archive.org/web/20091204132925/http://... https://web.archive.org/web/20180228131402/http://... https://web.archive.org/web/20180228131510/http://... https://web.archive.org/web/20181106070624/http://...